Organisma termofil
Organisma termofil

Organisma termofil

Organisma termofil ialah organisma mikro yang memiliki pertumbuhan optima pada suhu di atas 45 °C hingga 90°, bahkan mencapai 122 °C.[1][2][3] Istilah termofil digunapakai dari bahasa Yunani thermos bermaksud panas.[1] Organisma lain, yang memiliki pertumbuhan optima pada suhu 20-45°C disebut organisma mesofil (Bahasa Yunani: messos bermaksud sedang), manakala organisma yang pertumbuhan optimalnya pada suhu di bawah 20°C disebut organisma psikrofil (Yunani: psuchros=dingin).[1] Bakteria yang tumbuh pada suhu 45-60° disebut organisma termofil fakultatif.[4] Kemudian, bakteria yang mampu tumbuh optima pada suhu di atas 60°C disebut bakteria termofil obligatif.[4]Salah satu organisma yang bersifat termofil misalnya Aktinomiseta, iaitu jasad renik yang hidup pada sumber air panas, tumpukan sampah atau kotoran haiwan yang sedang dalam proses pengkomposan.[1] Bakteria tersebut juga dapat tumbuh di perut manusia dan haiwan kerana di dalamnya terjadi pencernakan dan pengkomposan.[1] Beberapa organisma termofil memiliki maksud ekonomi yang penting.[1] Namun sebaliknya, bakteria tersebut juga merugikan ketika menyebabkan kerosakan makanan dalam tin, dan dapat membahayakan kesihatan.[1]